Ahlan Wa Sahlan.Selamat Datang ke Laman Majlis Tindakan Dun Labu. Moga segala pekerjaan dan amalan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Ulama Malaysia,Allahu Akbar

Tuan Hj Hadi

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan

Pengarah MT Dun Labu

No Akaun PAS Cawangan Enstek :RHB 25505600002029

Friday 3 May 2013

Ya Allah, menangkanlah Calon Pas DUN Labu.


SARAPAN PAGI BERSAMA CALON DUN LABU.

Satu majlis sarapan pagi bersama calon Pakatan Rakyat DUN Labu telah diadakan di Taman perumahan  Kota Seriemas pada 1 May 2013 bermula jam 8.00 pagi. Majlis ini dianjurkan oleh penduduk Kota Seriemas bertujuan untuk berkenalan dan beramah mesra dengan calon Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS. Pelbagai juadah telah disumbangkan oleh penduduk kawasan ini.
Ust. Khairil Anuar telah menyampaikan sedikit tazkirah dan berdialog dengan penduduk setempat.




 

Thursday 25 April 2013

CERAMAH PAKATAN RAKYAT, LABU





Jijan 28 April 2013, Ceramah Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS telah didalam DUN Labu telah mendapat sambutan diluar jangkaan. Penceramah yang memberikan ceramah pada malam tersebut ialah Calon Labu: Ustaz Khairil Anuar, Calon MP Rasah En. Teo Kok Seong dan Calon MP Putrajaya Dato Husam Musa. Ceramah tersebut telah diadakan di Markas Pas UPU Jijan.
" MISI TAWAN DUN LABU PRU 13"



Manifesto Pakatan N9


Monday 22 April 2013

KONVOI BERMOTOR, JELAJAH LABU

Kumpulan anak-anak muda telah mengadakan konvoi bermotor jelajah DUN Labu pada 21 April 2013. Disamping jelajah untuk melihat keadaan masyarakat dikawasan ini, mereka telah mengedarkan risalah-risalah penerangan kepada pengundi-pengundi di DUN Labu ini.
Tahniah Anak Muda.





SUASANA PENAMAAN CALON N20 DUN LABU

Penamaan calon bagi Dun Labu dibawah Parlimen Rasah telah diadakan di Pejabat Daerah Seremban 2 pada 20 April 2013.Ustaz  Mohd Khairil Anuar Wafa telah dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat bagi DUN Labu. Beliau akan ditentang oleh penyandang Dato'Hasim Rusdi.

Suasana Hari Penamaan Calonn.









Thursday 18 April 2013

CALON CALON PAS NEGERI SEMBILAN.

Berikut calon PAS Negeri Sembilan:

DUN
Paroi - Mohd Taufek Abdul Ghani

Lenggeng - Zulkefly Mohamad Omar

Labu - Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa

Klawang - Dr Rosli Yaakop

Chembong - Kamarol Ridzuan Mohd Zain

Bagan Pinang - Ramli Ismail

Sungai Lui - Nor Anif Selamat

Senaling - Zaharudin Othman

Johol - Norazman Mohamad

Kota - Ghazali Mohd Shom

Serting - Abdul Rahman Ramli

Gemencheh - Mohd Noor Yassin


Parlimen



Jelebu - Aiman Athirah Al-Jundi - Jelebu

Tampin - Zakaria Khalim

Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin

Wednesday 17 April 2013

Ceramah Pakatan di Kg Lambar


Bendera PAS di Sabotaj Lagi.

Lagi lagi pihak musuh buat durjana. Kali ini bendera PAS yang dipasang indah di bulatan Kota Seriemas telah di patahkan oleh pihak musuh. ini adalah merupakan kejadian kali ke tujuh bendera PAS dan Pakatan Rakyat dirosakan di DUN Labu.
Kenapa pihak musuh takut sangat dengan bendera PAS ini ?. Petugas PAS tidak pernah usik ataupun rosakan bendera pihak lawan.  harap petugas semua sabar.







Lawatan Berkebajikan SRK Tamil.

Calon PR DUN Labu Ustaz Khairil Anuar Wafa telah membuat lawatan mengejut ke Sekolah Rendah ( Tamil ) di Ladang Kubang dalam DUN Labu pada 15 April 2013. Ini berikutan aduan daripada pihak sekolah dan penduduk setempat didapati sebatang pokok besar tumbang dan telah menimpa sekolah mereka. Pelbagai usaha dijalankan bagi memohon bantuan daripada pihak berkuasa seperti MPN, JPA3, Bomba dan JKR untuk membatu membersihkan dahan-dahan pokok tersebut yang menimpa kawasan sekolah. Semua usaha menghuibungi pihak berkuasa gagal. Akhirnya ustaz Khairil memohon pihak syarikat ladang membantu membersihkan kawasan sekolah tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dilapurkan berlaku. Tahniah kepada Calon PR yang prihati kepada masyarakat.





Calon N20 DUN Labu


Saturday 13 April 2013

Mesra Rakyat

Lawatan Ustaz Khairil kemajlis-majlis kenduri kesyukuran kawasan Labu.

 Majlis cukor Jambul di Kita Seriemas 13.4.2013
 Rumah Sdr Ibrahim Persada Damai 6.4.2013
 Ceramah di pentas DAP di Cempaka 12.4.2013
Pengiring calon Labu, Sdr Ahmad Suhaimi dan Mustafa.

CALON MEWAKILI PAKATAN RAKYAT DUN LABU

Ustaz Khairil Anuar Wafa dari PAS telah diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di N20 DUN Labu. Pengumunan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Hj Mohd Taufik dalam satu majlis ceramah di Batu Kikir Jempol pada 10 April 2013 lepas.
Ustaz Khairil Anuar adalah Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan dipilih sebagai calon atas kredibilitinya yang disegani oleh kawan dan lawan. InsyaAllah para pendokong perjuangan Islam Labu akan menyokong beliau sehingga mencapai kemenagan cemerlang.


Friday 5 April 2013

Program Ziarah di Bukit Kadir.

Pengarah MTD Labu bersama Ust Khairil Anuar serta petudas PAS di MTD Labu telah mengadakan program ziarah dirumah penduduk Kg Bukit Kadir dalam DUN Labu. Disamping menyampaikan sedikit sumbangan, rombongan ini sempat menziarahi rumah salah seorang penduduk yang baru sahaja meninggal dunia.


Monday 1 April 2013

BERSAMA PIMPINAN DI DUN LABU


Pas cawangan Enstek amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari tuan puan
untuk mengisi dana Pilihanraya Dun Labu tahun ini.


Bagusnya Negara Berkebajikan.
Ustaz Khairilm Anuar Wafa

Janji Pakatan Rakyat bila menerajui pemerintahan
Hj Anuar Azahari

Sunday 31 March 2013

Trailer PAS di DUN Labu

Trailer Berkebajikan Pas telah singgah untuk mengadakan program bersama rakyat Negeri Sembilan khususnya di DUN Labu pada 30 Mac 2013 bermula jam 8.00 pagi. Menurut pengarah
MTD Labu Sdr Mohd Suhaimi Salleh, program ini telah diadakan di Gadong Jaya dalam kawasan DUN Labu. 
Pelbagai acara telah diadakan seperti kuliah Dhuha, Nasyid Ya hana na, majlis penerangan dan taklimat oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Hj Mohd Taufik.
Sambutan dari penduduk setempat amat menggalakan. Program ini adalah diantara program yang dilaksanakan dalam misi " Tawan DUN Labu" PRU 13.

Sebahagian dari petugas.

 Pengarah MTD Labu Sdr Mohd Suhaimi bersama
Pesuruhjaya Pas N9 Hj Mohd Taufik

 Mus, Baha dan Otai

 Pentas Trailer Pas di LABU


Pengarah dan Abang Pian

Pesuruhjaya Hj Mohd Taufik , Ust Khairil dan Hj Anuar.