No Akaun PAS Cawangan Enstek :RHB 25505600002029

Wednesday 17 April 2013

Lawatan Berkebajikan SRK Tamil.

Calon PR DUN Labu Ustaz Khairil Anuar Wafa telah membuat lawatan mengejut ke Sekolah Rendah ( Tamil ) di Ladang Kubang dalam DUN Labu pada 15 April 2013. Ini berikutan aduan daripada pihak sekolah dan penduduk setempat didapati sebatang pokok besar tumbang dan telah menimpa sekolah mereka. Pelbagai usaha dijalankan bagi memohon bantuan daripada pihak berkuasa seperti MPN, JPA3, Bomba dan JKR untuk membatu membersihkan dahan-dahan pokok tersebut yang menimpa kawasan sekolah. Semua usaha menghuibungi pihak berkuasa gagal. Akhirnya ustaz Khairil memohon pihak syarikat ladang membantu membersihkan kawasan sekolah tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dilapurkan berlaku. Tahniah kepada Calon PR yang prihati kepada masyarakat.






0 comments:

Post a Comment