Ahlan Wa Sahlan.Selamat Datang ke Laman Majlis Tindakan Dun Labu. Moga segala pekerjaan dan amalan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Ulama Malaysia,Allahu Akbar

Tuan Hj Hadi

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan

Pengarah MT Dun Labu

No Akaun PAS Cawangan Enstek :RHB 25505600002029

Monday, 22 April 2013

SUASANA PENAMAAN CALON N20 DUN LABU

Penamaan calon bagi Dun Labu dibawah Parlimen Rasah telah diadakan di Pejabat Daerah Seremban 2 pada 20 April 2013.Ustaz  Mohd Khairil Anuar Wafa telah dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat bagi DUN Labu. Beliau akan ditentang oleh penyandang Dato'Hasim Rusdi.

Suasana Hari Penamaan Calonn.









Thursday, 18 April 2013

CALON CALON PAS NEGERI SEMBILAN.

Berikut calon PAS Negeri Sembilan:

DUN
Paroi - Mohd Taufek Abdul Ghani

Lenggeng - Zulkefly Mohamad Omar

Labu - Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa

Klawang - Dr Rosli Yaakop

Chembong - Kamarol Ridzuan Mohd Zain

Bagan Pinang - Ramli Ismail

Sungai Lui - Nor Anif Selamat

Senaling - Zaharudin Othman

Johol - Norazman Mohamad

Kota - Ghazali Mohd Shom

Serting - Abdul Rahman Ramli

Gemencheh - Mohd Noor Yassin


Parlimen



Jelebu - Aiman Athirah Al-Jundi - Jelebu

Tampin - Zakaria Khalim

Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin

Wednesday, 17 April 2013

Ceramah Pakatan di Kg Lambar


Bendera PAS di Sabotaj Lagi.

Lagi lagi pihak musuh buat durjana. Kali ini bendera PAS yang dipasang indah di bulatan Kota Seriemas telah di patahkan oleh pihak musuh. ini adalah merupakan kejadian kali ke tujuh bendera PAS dan Pakatan Rakyat dirosakan di DUN Labu.
Kenapa pihak musuh takut sangat dengan bendera PAS ini ?. Petugas PAS tidak pernah usik ataupun rosakan bendera pihak lawan.  harap petugas semua sabar.







Lawatan Berkebajikan SRK Tamil.

Calon PR DUN Labu Ustaz Khairil Anuar Wafa telah membuat lawatan mengejut ke Sekolah Rendah ( Tamil ) di Ladang Kubang dalam DUN Labu pada 15 April 2013. Ini berikutan aduan daripada pihak sekolah dan penduduk setempat didapati sebatang pokok besar tumbang dan telah menimpa sekolah mereka. Pelbagai usaha dijalankan bagi memohon bantuan daripada pihak berkuasa seperti MPN, JPA3, Bomba dan JKR untuk membatu membersihkan dahan-dahan pokok tersebut yang menimpa kawasan sekolah. Semua usaha menghuibungi pihak berkuasa gagal. Akhirnya ustaz Khairil memohon pihak syarikat ladang membantu membersihkan kawasan sekolah tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dilapurkan berlaku. Tahniah kepada Calon PR yang prihati kepada masyarakat.